Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum semua.. seperti semua sedia maklum hari adalah Maulidur Rasul.. so, memandangkan hari nie adalah cuti bg negeri Johor.. negeri lain yg terlibat aku x nak ambik tau.. yg aku tahu Johor cuti.. hahaha.. ok, so.. memandangkan hari ni adalah maulud, maka aku nak sopan-sopan sikit lah kan.. hehe.. ni nak tanya, tempat korang hari ni ada buat sambutan maulidur rasul x?? tempat aku belum lg, next month siap jemput panel HALAQAH and TANYA LAH USTAZ lg.. syukur.....

korang tau x apa maksud maulidur rasul? apa yang aku paham, maulid ni zaman aku belajar bahasa arab dulu bermaksud kelahiran.. *bekas pelajar KAA*
Rasul tu pulak, adalah orang lelaki yg diberikan wahyu and mukjizat oleh Allah untuk dirinya dan jugak disampaikan kpd seluruh umat manusia... Alhamdulillah, ingat lg aku bab-bab rasul nie.. hehe..

Ok lah, dulu kat sekolah agama, kat sekolah rendah, sekolah menengah, darjah khas, sekolah tadika semua mst cikgu akan ajar semua bab-bab sirah yg aku agak lemah.. *aku sekolah tadika agama sampai ke sekolah menengah*
sejarah Nabi and para sahabat beb, ulama'-ulama' lg..pehh.. biodata beliau, Masya-Allah, sungguh ohsemmm.. bila lah agaknya kan aku mampu jd mcm mereka-mereka yg mendapat tempat di sisi Allah.. SubhanaAllah.. *motivasi diri sendiri*

em,, aku share apa yg aku ingat jelah.. maaf lah, ilmu aku x cukup lg.. masih banyak lg yg perlu aku pelajari.. hehe,, tawadhuk seyh aku... apa yg aku ingat, Rasulullah nie dilahirkan pd 12 Rabiul Awal pd tahun gajah pd subuh hari Isnin.. hah, korang tau x kenapa dipanggil tahun gajah?? sebab nya diambil dr peristiwa tentera bergajah Abrahah yg nak serang kota mekah and tentera ni semua musnah diserang oleh tentera Allah, burung Ababil menggunakan batu-batu yg panas dr dlm neraka.. tentera Abrahah ni termasuk lah si raja Abrahah tu sekali hancur berkecai mcm debu terkena batu-batu tu.. Baginda ni dilahirkan sebagai seorang yatim.. bapa baginda, Abdullah bin Abd Mutallib ni wafat sebelum baginda dilahirkan.. ibunda baginda pulak, nama Aminah bt Wahab..

Hah, baginda Rasulullah ni dilahirkan tanpa darah.. suci sungguh baginda.. baginda pon dilahirkan dalam keadaan yg berkhatan (bersunat) and tali pusat dah dipotong.. dari pembacaan aku, nama MUHAMMAD tu sendiri Allah yg bg, bukan manusia ok?? aku pun baru tau semalam, rupanya baginda lahir ni disambut oleh 4 orang wanita yg sangat popular dalam sejarah Islam.. 4 orang wanita ni ialah :-

1. Hawa ( ibunda seluruh umat manusia )
2. Sarah ( isteri Nabi Ibrahim )  
3. Asiah ( isteri Fir'aun )
4. Maryam ( ibu Nabi Isa )

Masya-Allah, mulianya baginda.. baginda ni mula berkahwin pd usia 25 tahun.. umur yg sgt bagus utk dirikan rumah tangga.. hehe,, isteri pertama baginda, Siti Khadijah bt Khuwailid yg berusia 40 tahun.. hah !! sungguh jauh jarak umur mereka.. tp usia bukan penghalang ok, siti Khadijah ni seorang bangsawan wanita yg sgt disegani sbb beliau sgt dermawan, hartawan..  hm,, mesti seronok kan klu kita dpt hidup di zaman rasulullah??

selawat

kalau korang nak tahu lg banyak sila lah gunakan perkhidmatan pak cik Google.. ok?? ni aku sertakan link utk korang semak-semak and lebih tau lg pasal biodata Rasulluah.. sila klik Biodata Kekasih Allah... bukan setakat biodata Rasulullah je korang boleh tau, biodata orang-orang hebat dalam sejarah Islam pon korang boleh tahu.. banyakkan berselawat ye kawan-kawan.. bukan hari ni je tau, hari-hari yg lain pon kene jugak.. klu malas sangat nak selawat, bukak je video yg aku da letak kt atas tu, sambil-sambil dengar boleh ikut sekali.. syahdu je dengar kan?? hmmmm,, korang tau x, sekali korang selawat, 10 kali Allah balas.. see,, banyaknya pahala yg kita boleh dapat klu dlm sehari berpuluh-puluh kali kita selawat.. jangan sombong, nt kt padang Mahsyar kelak syafaat Nabi Muhammad S.A.W jugak yg kita perlukan.. ingat tu.... *note to myself too*

nota kaki : teringin nak baca pasal Salahuddin Al-Ayubi  lah.. dulu kt sekolah ustazah suka mentioned nama tu.. sedap nama, nt nama anak aku nk letak nama tu lah.. hehehe... berangan je sekarang ni..



No comments:

Post a Comment